AUTOKRATIK
🌞Melibatkan
interaksi sehala di mana pengetua memberi arahan manakala guru-guru hanya
mendengar dan menurut arahan tersebut.
🌞Guru-guru
tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau memberi cadangan.
🌞Pengetua
yang mengamalkan kepimpinan ini dapat memastikan pelaksanaan tugas dengan
sempurna.
🌞Namun,
motivasi guru-guru rendah, terlalu bergantung kepada pengetua sahaja dan
menyebabkan
suasana menjadi tegang.
DEMOKRATIK
🚙Melibatkan
interaksi dua hala di mana pengetua berbincang, menerima dan memberi cadangan.
🚙Setiap
sesuatu perkara diputuskan melalui suara majoriti.
🚙 Gaya kepimpinan ini amat disukai oleh para guru
dan staf lain.
🚙 Mewujudkan suasana yang kondusif dan dapat
menjalankan tugas dengan lebih berkesan
🚙Dapat
membina disiplin guru, menggalakkan semangat kerjasama, saling menghormati dan
hubungan yang mesra.
🚙 Guru-guru sentiasa bekerja keras walaupun semasa ketiadaan ketua.
LAISSEZ-FAIRE
🚩Bertentangan dengan kepimpinan autokratik.
🚩Faire bermaksud tiada keyakinan diri dan tidak
menetapkan matlamat.
🚩Pengetua memberi kebebasan sepenuhnya kepada
para guru untuk membuat keputusan dan kadang
kala guru
mengambil tugas ketua.
🚩Pengetua tidak membuat penilaian, tidak memberi
pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali
diminta oleh ahli.
🚩Pengetua tidak menentukan tugas dan
tanggungjawab ahli.
🚩Pengetua tidak menekankan prestasi, pencapaian
dan kecemerlangan guru- guru.
KONTIGENSI
♞Sumbangan pemimpin terhadap keberkesanan prestasi kumpulan yang
bergantung pada gaya
kepimpinan dan kesesuaian situasi yang dihadapinya.
♞Tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan
untuk memimpin dan mentadbir organisasi
sekolah.
♞Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi
kesesuaian situasi dan mempengaruhi
keberkesanan pemimpin, iaitu:
- Hubungan antara pemimpin dan anggota
- Struktur tugas
- Posisi kuasa
ORGANISASI SEKOLAH
Organisasi membawa erti satu kesatuan yang mempunyai bahagian-bahagian yang tertentuyang mempunyai tujuan untuk kepentingan ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Organisasikurikulum sekolah rendah membawa maksud satu gabungan atau kesatuan yangmempunyai objektif mentadbir, mengajar dan belajar. Tugas mentadbir di sesebuahsekolah diserahkan kepada Pentadbir dengan dibantu oleh Penolong-penolong Kanan,Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan juga pekerja-pekerja perkeranian. Manakala tugasmengajar dipikul oleh guru-guru di sekolah tersebut. Murid-murid pula mempunyai perananbelajar dan menerima tunjuk ajar dari guru-guru. Gabungan komponen-komponen inilahyang menjadikan sekolah itu sebagai sebuah organisasi pendidik.
Dalam sistem pendidikan negara, kedudukan sekolah adalah terletak di bahagian palingbawah sekali. Secara umumnya Kementerian Pelajaran akan membuat dasar pendidikandengan diterajui oleh Menteri Pelajaran. Dasar-dasar yang digubal serta rekabentukkurikulumoleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) itu diserahkan kepada JabatanPendidikan Negeri (JPN) untuk dilaksanakan. Seterusnya JPN akan memanjangkannyakepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), manakala PPD akan memastikan sekolah-sekolah melaksanakan dasar pendidikan dan rekabentuk kurikulum daripada BPK tersebut.Dalam keempat-empat peringkat itu, hanya sekolah sahaja yang mempunyai murid di manamurid ini akan menerima proses pendidikan mengikut dasar yang ditetapkan oleh pihakKementerian Pelajaran yang dirancang khas oleh BPK yang telah disalurkan melaluiorganisasi kurikulum sekolah rendah
Bidang Tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
1) Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.
2) Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
3) Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran dan pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.
4) Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk yang mempunyai sidang petang.
1 - Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru.
2 - Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru.
3 - Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat dan perangkaan.
4 - Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan Takwim Sekolah.
5 - Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.
Bidang Tugas Penolong Kanan Kurikulum
1 - Menentukan pelaksanaan Kursus Pengajian.
2 - Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.
3 - Memastikan perjalanan Panitia-panitia mata pelajaran.
4 - Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat sumber.
5- Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
6 - Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih, guru-guru yang baru mengajar di dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
Bidang Kuasa Guru Kanan Mata Pelajaran
-
Bertanggungjawab dalam hal
kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya.
-
Bertanggungjawab kepada
pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan
bidangnya terutama persatuan akademik.
- Membantu pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.
Gaya Kepimpinan
Pada amnya, kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan dan kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan akan saling berkaitan dengan pemimpin. Bagi mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap guru, seseorang guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehannya dalam bidang yang dipertanggungjawabkan. Dengan itu, perlaksanaan tugasan melalui kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang perlu diperkembangkan, kedudukan yang perlu dihormati dan kebolehan yang mewujudkan kepercayaan dan amanah.
Jika dilihat dalam konteks guru di sekolah dan peranan hakiki seorang guru untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan, seorang guru itu haruslah mempunyai kepimpinan dalam bilik darjah. Kepimpinan dalam bilik darjah merupakan satu set kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain. Kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan tanggungjawab guru untuk mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang kondusif untuk menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan kepada murid. Bagi mewujudkan budaya bilik darjah yang efektif, guru-guru perlu mampu membangkitkan minat murid untuk sentiasa seronok, ceria dan tidak mempunyai tekanan dalam menuntut ilmu. Corak dan suasana interaksi ini lazimnya boleh dicapai dengan mengambilkira tiga faktor yang mempengaruhi bilik darjah iaitu faktor fizikal, faktor sosial dan faktor emosi. Selain itu, cara penyampaian dan stail kepimpinan guru dalam bilik darjah merupakan aspek utama bagi menghasilkan iklim pembelajaran yang berkesan. Perkara ini termasuklah suara guru yang sesuai, lantang dan jelas menyampaikan pengajaran. Di samping itu, sikap positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan oleh seorang guru akan membawa kepada kecemerlangan murid. Cara kepimpinan guru yang demokratik yang menekankan kerjasama, berinisiatif dan penggunaan pujian juga mampu membimbing murid ke arah nilai positf. Contoh Kepemimpinan guru dapat dilihat melalui keadaan seperti ketika suasana kelas sedang bising, dan apabila guru mengangkat tangan semua murid yang bising dalam kelas menjadi senyap dan kembali fokus kepada pengajaran guru.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, setiap sekolah mempunyai organisasi dan barisan kepimpinannya yang tersendiri. Ahli-ahli dalam organisasi inilah yang akan menggerakkan pengurusan sekolah sama ada dalam aspek akademik dan bukan akademik. Pada masa yang sama, setiap guru juga mempunyai gaya pengajaran yang tersendiri sama ada secara langsung, tidak langsung ataupun berpusatkan bahan bantu mengajar. Guru merupakan individu yang akan menentukan gaya pengajaran mana yang akan diaplikasikan dalam PdPc sesuai dengn keperluan para pelajar.
Rujukan
F
L
BIDANG TUGAS GURU KANAN MATAPELAJARAN Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya terutama persatuan akademik. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya,dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah,latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/ maktab / univesiti dan seumpamanya. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu. |
|


Comments
Post a Comment